Salah Faham

Jam di dinding rumah saya baru menunjukkan pukul 8.45 malam. Saya dan anak-anak sedang menonton tv. Isteri saya sedang berkemas didapur selepas kami makan malam. Di luar rumah bunyi bising enjin motosikal dan kereta berderum-deram sahut-sahutan. Rumah saya di hadapan jalan raya. Bunyi bising enjin motosikal remaja yang bermain motor lalu lalang, sudah lali menyumbat telinga kami. Tetapi malam ini laras kekuatan deruman enjin motosikal dan kereta luar biasa bunyinya. Bunyi deruman ini seperti sengaja dikuatkan. Saya mendokong anak bongsu saya yang berumur 6 bulan membuka pintu kayu rumah saya, untuk melihat apa yang berlaku diluar. Alangkah terkejutnya saya kerana tercegat dihadapan rumah saya, empat orang lelaki dewasa disertai 5-6 orang remaja. Di atas jalan raya penuh dengan budak-budak remaja yang sedang menderum-derum enjin motornya seperti sedang bersiap sedia untuk berlepas dalam sesuatu perlumbaan motor. Saya dengan segera menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Saya memberitahu isteri saya, bahawa ada orang nakkan saya. Saya menyerahkan anak bongsu saya kepada isteri saya dan mengambil kelewang di bawah tilam dalam bilik tidur. Saya membuka pintu semula dan menyembunyikan kelewang dibelakang saya.

“Kalau kamu semua datang dengan niat baik, dipersilakan naik!, tapi kalau datang dengan niat tak baik, kalau naik, saya tetak”ugut saya separuh berani. Saya ni bukan berani sangat. Tapi kalau dah orang datang jual sampai ke dalam rumah, terpaksalah saya beli.

“Kami datang nak selesaikan masalah. Tapi kita tunggu Abang Li datang sekejap lagi” kata salah seorang pakcik yang paling tua. Che Li adalah orang kanan tiga line kat tempat saya tinggal. Dia ni orang paling gedebe di sini. Dia berniaga kedai kopi. Saya sering membeli roti canai di kedainya. Di halaman rumah, ramai sudah berkumpul. Paling ramai geng remaja dan sebahagiannya ada yang saya kenal. Anak-anak murid saya. Di sisi rumah saya, di dalam garaj, kereta saya yang baru dicat dikelilingi ramai tetamu yang tidak diundang berkerumun. Di dalam hati saya, rasa bimbang menyelinap.

“Kalaulah ada yang gatal tangan, habislah kereta saya” rasa bimbang berbisik dalam hati saya. Ada yang duduk mencangkung, ada yang menyandar. Saya dapat lihat dalam samar-samar lampu beranda rumah saya.

“Mak Oii!, ramainya pengiring!”, tiba-tiba terdengar suara Abang Li dicelah-celah kumpulan orang ramai. Saya melihat kelibat Abang Li, berbaju melayu, berkain sarung dan berkupiah putih.

“Assalamualaikum cikgu!, boleh saya naik? Orang lain tunggu kat bawah!” perintah Abang Li sambil berpusing ke arah kumpulan lelaki dewasa di belakangnya.

“Waalaikumussalam, naiklah” sambut saya sambil tangan kiri mengambil alih kelewang dibelakang saya. Dan tangan kanan saya menyambut salam Abang Li.

“Janganlah Cikgu, benda kecik je ni, bahaya ni, kata Abang Li merujuk kepada senjata yang ada di tangan saya. Saya meletakan kelewang ditepi dinding bilik tidur, tetapi masih boleh dilihat dengan jelas.

“Pertamanya saya nak minta maaf cikgu, kerana turut melibatkan diri dalam masalah ini. Saya cuma bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebab tu saya datang. Kalau nak kira saya malu sangat terlibat dalam masalah dengan cikgu ni…” jelas Abang Li, apabila kami telah duduk berhadapan di ruang tamu rumah.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa yang berlaku, tiba-tiba je saya lihat mereka penuh di hadapan rumah saya” jelas saya masih kebingungan. Belum tahu butir bicara dan sebab musabab mengapa mereka datang dalam situasi tegang seperti ini.

“Tak apa cikgu!, selagi saya ada, cikgu jangan bimbang. Mereka semua tidak akan apa-apakan cikgu. Kita selesaikan masalah ini”Abang Li memberikan jaminannya.

“Sahak mari naik!, bawa naik anakmu sekali. Kita settle cara baik!”perintah Abang Li. Abang Sahak, Pak Jab, Juki Panjang dan Pak Ku naik ke rumah saya diikuti oleh budak-budak muda. Sebahagiannya saya kenal kerana mereka ni bekas dan sesetengahnya masih murid saya. Budak tingkatan dua pun ada. Masih memakai seluar sekolah! Penuh ruang tamu dan beranda rumah saya. Bimbang juga takut runtuh. Sebab rumah saya ini, rumah papan bekas rumah staf Felda yang telah diright off. Saya baiki untuk tinggal di sini. Tak ada rumah lain. Nanti saya cerita kesah rumah ini dalam cerita yang lain.

“Anak saya pergi ke pekan pagi tadi. Bila balik rumah dia mengadu kena pukul. Katanya orang pukul dia adalah orang upahan cikgu” Abang Sahak memulakan cerita Abang Li tersenyum sambil tergelak kecil. Anak abang Sahak tunduk sahaja. Saya terkejut besar mendengar penjelasan Abang Sahak. Pak Jab yang bertubuh kecil dan pendek orangnya memandang saya macam nak makan saya. Dalam hati saya berkata;

“Badan tak sebesar mana, gaya je lebih..Kalau bergaduh aku takkan lari, bawak nasi bungkus pun aku sanggup”bisik hati muda saya yang mula mendidih.

“Cuba kamu cerita sedikit apa yang berlaku, kami nak dengar!” kata Abang Li sambil tangannya mencuit anak Abang Sahak.

“Paaggi tadi sasasaya pegi pekan, dalam perjalanan balik sebuah proton saga putih memotong dan menghalang motor saya. Dalam kete tu ada tiga orang. Dua orang daripadanya keluar dan mebelasah saya. Mereka kata jangan nak tunjuk samseng dengan cikgu Azmi” Cerita anak Abang Sahak terketar-ketar menggigil. Saya memandang tepat ke mukanya semasa dia sedang bercerita. Telinga saya bergerak menahan darah yang mula menjalar naik ke kepala..Semua orang terdiam dan semua mata tertumpu kepada saya. Dari tadi saya lihat Abang Li tersengih mengangguk-angguk. Dalam suasana senyap tiba-tiba abang Li bersuara;

“Saya rasa saya pernah tengok cerita ni dalam tv. Macam drama Melayu!” Kata Abang Li tersengih sambil memandang tepat ke muka anak Abang Sahak
“Saya tak percaya cerita ini. Mu menipu nih. Kalau Cikgu nak pukul kamu tak payah dia upah orang. Saya rasa dia berani pukul kamu bersendirian” kata Abang Li, Megerat terus keyakinan semua yang datang malam itu. Semua orang terdiam dan memandang anak Abang Sahak. Saya rasa seperti satu kemenangan besar apabila abang Li menidakkan cerita anak Abang Sahak.

“Baik kamu cerita perkara sebenar, Baik kamu cerita perkara sebenar, kalau tak….”Abang Li mula mengugut budak tersebut. Akhirnya anak Abang Sahak menceritakan perkara yang sebenar. Mukanya yang lebam sebab jatuh motor pagi tadi. Tetapi disebabkan ada kes dia dengan saya dia cuba melibatkan ayahnya. Sebab itu dia mereka-reka cerita. Ayahnya pula jenis percayakan anak seratus peratus. Habis dikerahnya orang kampong datang nak serang rumah saya. Nasib baik dia tidak langgar semberono. Nak juga dibawanya Abang Li. Kalau tak naya saya. Isteri saya buat air. Tadi yang ramai duduk menyembunyikan wajah di dalam gelap naik rumah. Sebahagiannya minum kat beranda dan sebahagian lagi minum kat halaman rumah sahaja. Rumah sempit. Tak muat untuk semua tetamu yang tak diundang ini. Pelajar-pelajar saya yang tadinya takut dikenali, tanpa segan silu mula menunjukkan muka. Keadaan sudah pulih. Kami berbual-bual isu-isu lain bercampur aduk dengan gelak ketawa. Selepas hari itu perhubungan antara kami menjadi semakin baik.

Seminggu selepas kejadian malam itu, saya pergi ke sekolah pada hari minggu. Saja-saja, jalan-jalan. Cikgu Azhar yang sepanjang masa ada di sekolah tak kira masa mengajak saya pergi kenduri kahwin rumah peneroka. Saya tak berapa kenal lagi semua peneroka di kawasan sekolah, sebab saya pun baru. Tinggal pula di kawasan Felda lain. Tentulah tak berapa kenal. Saya kata saya tak dijemput. Tapi menurut cikgu Azhar, stail kenduri di sini hanya menghantar sekeping kad sahaja ke sekolah untuk menjemput semua guru. Saya pun pergilah kenduri tersebut. Dari jauh saya lihat, kelibat Pak Jab sedang bersalaman dengan tetamu yang baru sampai. Rupanya kenduri tersebut rumah Pak Jab. Dari jauh dia mengangkat tangan dan memanggil nama saya. Dia terus menghulurkan tangan dan memeluk saya.

“Mulia sungguh hati cikgu, cikgu tak simpan dendam dihati. Cikgu sudi datang kenduri rumah saya.” Pak Jab dengan sayu membisikannya kepada saya. Saya hanya tersenyum.

“Taka pa!, semua tu adalah salah faham semata-mata. Saya tak ambik hati…”balas saya. Tetapi terdetik juga dalam hati saya berkata;

“Kalau tahu rumah Pak Jab, aku tak akan datang tadi.” Setan masih menyuntik kebencian dalam hati saya. Bukan apa, payah sikit nak memaafkan Pak Jab. Dia yang nampak sangat nakkan saya malam itu. Itu itu semua tak lama. Lama kelamaan semua orang yang terlibat datang ke rumah saya akhirnya menjadi sahabat baik saya.

Apa yang boleh dipelajari daripada cerita ini ialah kita sepatutnya terlebih dahulu mengenali hati budi, masyarakat setempat dan mengenali dulu beberapa orang penting tempatan yang akan menjadi pelindung kita bila timbul masalah dengan pelajar. Sebagai guru disiplin kita juga sepatutnya tidak terlalu keras dengan pelajar sehingga timbul ketegangan bukan sahaja dengan pelajar tetapi dengan penjaga dan masyarakat setempat.

Aktiviti Luar

Pagi itu pagi isnin. Perhimpunan rasmi sekolah. GPK 1 sedang berucap. Tiba-tiba salah seorang pembantu tadbir sekolah memanggil saya. Ada panggilan telefon katanya. Saya bergegas ke pejabat. Rupanya ada ibubapa yang perihatin memberitahu ada sekumpulan pelajar berada di kawasan rumahnya. Pelajar-pelajar yang ponteng perhimpunan. Pelajar yang takut spot check. Atau pelajar-pelajar yang dah bosan dengar potpet-potpet saban minggu. Pelajar-pelajar ini sebenarnya bukan berniat untuk ponteng sekolah. Lepas perhimpunan nanti mereka akan menyusup masuk melalui lubang-lubang pagar belakang sekolah dan belajar seperti biasa. Tetapi itu kebiasaannya. Itulah yang berlaku saban minggu. Sekumpulan pelajar lelaki ponteng perhimpunan. Puas sudah saya memintas. Taknak juga masuk. Penat sudah saya melibas. Tak jugak serik. Kalau saya tanya mereka tak menjawab. Takut kot. Tapi kalau cikgu lain tanya, mesti tak suka cikgu berleter. Cikgu marah-marah…

Saya meminta kebenaran pengetua untuk melihat pelajar-pelajar saya yang ponteng perhimpuanan bersama beberapa orang cikgu lelaki. Kami berjalan kaki sahaja ikut pintu pagar belakang sekolah. Kawasan rumah tempat pelajar-pelajar tadi berkumpul lebih kurang 200 meter dari sekolah. Dari luar jelas kedengaran suara GPK1 sedang memberikan ucapan. Rupanya selama ini kami di sekolah tidak perasan, bahawa penggunaan pembesar suara di sekolah akan dapat didengari dengan jelas di kawasan perumahan penduduk kampong. Macamanalah perasaan mereka agaknya bila mendengar cikgu berleter pada anak-anak mereka saban minggu. Cuak juga rasanya mereka. Yalah kadang-kadang kita sebagai orang dalam pun kadang-kadang pening memikirkan cara beberapa orang guru mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah. Yalah seperti yang saya sebut sebelum ini, perhimpunan rasmi menjadi medan untuk memarahi, mengutuk dan menyindir pelajar yang melakukan disiplin. Sedangkan mereka yang tidak melakukannya akan dipaksa mendengar leteran sedangkan mereka yang melanggar disiplin belum tentu ada dalam perhimpunan tersebut.

Saya dan kawan-kawan secara senyap-senyap menyusup di celah-celah rumah peneroka. Meninjau-ninjau. Mengintai kedudukan pelajar-pelajar saya. Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara pelajar saya borborak dengan sesekali terdengar deraian ketawa. Kami memerhatikan gelagat pelajar-pelajar sedang berkumpul dalam satu kelompok besar . Duduk mencangkung sambil berborak di halaman sebuah rumah peneroka. Satu kelompok lagi duduk di birai jalan. Entah apa diceritakan mereka. Jumlah semua pelajar-pelajar ini lebih kurang 15 orang. Dalam jarak 70 meter salah seorang daripada pelajar ternampak kelibat kami di belakang rumah tempat mereka berkumpul. Tanpa memberikan amaran kepada kawan-kawannya pelajar tersebut terus bingkas dan lari lintang pukang. Kami tidak pula berniat hendak mengejarnya. Kami bimbang, kalau kami kejar dan berlaku apa-apa kecederaan, kami juga yang akan dipersalahkan. Kami hanya hendak mengecam beberapa orang pelajar sahaja. Kami sempat mengecam beberapa orang pelajar sahaja. Dan ianya sudah mencukupi. Tugas kami untuk mengenalpasti pelajar lain akan dibantu oleh pelajar-pelajar ini nanti.

Apabila seorang daripada pelajar tersebut lari, secara serentak semua pelajar lain lari lintang pukang. Mereka sudah sedia maklum. Tentu cikgu datang menyerbu…Saya dan kawan-kawan berjalan menuju ke tempat pelajar tadi berkumpul. Kami hanya tersenyum dengan gelagat pelajar-pelajar tadi. Di rumah sebelah saya lihat seorang makcik India sedang berdiri di hadapan tandas dengan tangannya memegang baldi. Seperti nak masuk ke tandas di sebelah rumahnya. Pada masa itu tahun-tahun awal 90an, masih banyak rumah peneroka yang masih dalam keadaan asal. Belum diubahsuai. Kebanyakan tandas di luar rumah. Tandas curah! Saya memandang kearah makcik India tersebut. Dia memandang saya dan memberikan isyarat dengan memuncungkan mulutnya menunjuk-nunjuk kea rah tandas di tepi rumahnya. Saya faham bahawa ada pelajar saya yang sedang bersembunyi di dalamnya… Mungkin makcik tersebut takut memberitahu kami secara terbuka. Saya menghampiri tandas tersebut, tak terdaya saya hendak menahan ketawa.

“Bang!, cepat sikit, Aci dah tak tahan nak buang air ni!. Kenapa lama sangat? Cirit ke? Tanya saya sambil gelak. Kawan-kawan saya yang lain terbahak-bahak ketawa menyaksikan peristiwa yang tidak diduga tersebut. Tiba-tiba keluarlah tiga orang pelajar saya daripada tandas tersebut.

“Ya Allah, sampai tiga orang sekali. Macamana kamu buang air, sampai tiga orang serentak. Ke kat dalam ada tiga mangkuk tandas” tanya saya sambil menahan ketawa.

Pelajar-pelajar tingkatan empat tersebut menuju ke arah saya tanpa dipanggil sambil tersipu malu. Muka mereka merahnya menyala. Entah malu ke atau takut kena sepak. Saya kenal semua pelajar tersebut kerana saya mengajar mereka mata pelajaran ekonomi asas. Aci tersebut masih tercegat di hadapan pintu tandas. Tak jadi masuk.. Malu kat kami kot, kerana kami ada berhampiran. Saya mengarahkan pelajar-pelajar tadi masuk ke sekolah dan menunggu dibilik saya sehingga saya datang. Saya dan guru-guru yang bersama-sama saya tadi memungut beberapa buah beg yang tidak sempat dibawa bersama ketika pelajar-pelajar saya tergesa-gesa melarikan diri. Kami berjalan ke arah pelajar-pelajar saya melarikan diri tadi menyelinap antara rumah-rumah peneroka.

Di hadapan sebuah rumah tercegat sorang peneroka. Memandang kami kehairanan. Sambil terseyum dia menyapa..

“Kenape cikgu? Ada aktiviti luar dengan bebudak ke? Tanya pakcik tersebut dalam loghat Pahang.

“Aktiviti luar apanye Pak Anjang, budak-budak ni ponteng. Tak masuk perhimpunan tadi. Bila nampak kami mereka cabut. Tu yang lintang pukangnya..” jawab saya. Pakcik ni dikenali dengan pak Anjang sebab dia kurus tinggi. Dah jadi biasa. Gelaran di Feldanya gitu..

“Eh, tadi saya nampak salah seorang daripadanya macam anak saya!.., tak apa cikgu , cikgu tak payah cari, biar saya cari budak-budak tu. Cikgu tunggu kat sekolah. Sekejap lagi saya hantar anak saya” Nampak sangat Pak Anjang dah mula marah. Mukanya dah merah, marah dan malu kepada kami kot? Saya berbincang dengan kawan-kawan dan kami semua berpatah balik ke sekolah. Ada empat buah beg yang pelajar tinggalkan semasa melarikan diri tadi kami bawa balik. Nanti pelajar-pelajar tersebut akan dating menyerahkan diri.

Tidak lama selepas kami balik ke sekolah, kelihatan di hadapan pintu pagar sekolah beberapa orang pelajar berjujuk masuk ke sekolah. Di belakang kelompok pelajar tersebut kelihatan Pak Anjang dengan motosikalnya bergerak perlahan. Seperti gembala sedang mengiringi ternakannya. Membonceng di belakang Pak Anjang ialah anaknya yang tunduk malu. Saya menunggu Pak Anjang di hadapan kantin sekolah.

“Ni, cikgu! Saya serahkan anak saya. Cikgu buatlah apa yang patut!. Saya dah sepak mukanya tadi.” Rengus Pakcik Anjang bengkeng. Memang Pak Anjang bengkeng orangnya. Dia di kenali dikenali di sini sebagai seorang yang baran.. Saya cuba menyabarkan Pak Anjang. Saya mengarahkan pelajar-pelajar tadi termasuk anak Pak Anjang ke bilik disiplin untuk mencatatkan kes melalui salah seorang guru jawatankuasa disiplin yang telah menunggu di bilik disiplin. Saya lihat muka anak Pak Anjang lebam di pipi. Bibirnya bengkak berdarah..

Saya mengajak Pak Anjang minum kat kantin sekolah.

“Saya harap Pakcik Anjang janganlah diapa-apakan budak tu” saya cuba mententeramkan Pakcik Anjang.

“Saya betul-betul ingat cikgu ada aktiviti luar tadi.. tak sangka rupanya anak saya ponteng..”jelas Pakcik Anjang sayu

Dalam hati saya, nak gelak ada , sedih pun ada…….

Projek komuniti

Semasa melaksana program sandaran bagi melengkapkan kursus NPQH di sekolah dulu, saya telah menjalankan satu aktiviti mega (melibatkan sekolah, PIBG, ibubapa dan masyarakat setempat) iaitu aktiviti keceriaan sekolah. Semasa saya membuat analisis keperluan, saya melihat satu isu strategik yang dihadapi di sekolah tersebut ialah keceriaan sekolah di tahap yang kritikal. Semasa saya melaporkan diri untuk program sandaran ini landskap sekolah berubah sama sekali. Pembinaan blok bangunan baru di seberang sungai yang selama ini menjadi sempadan pagar sekolah telah mengubah segalanya. Satu terowong kongkrit pasang siap sepanjang sungai ditutupi dengan tanah yang dikorek dari padang bola sekolah sedalam tiga kaki., menjadikan landskap sekolah berubah sama sekali berbanding dengan sebelumnya. Sementara blok bangunan baru yang sedang dalam pembinaan hampir siap sepenuhnya.

Semasa mencadangkan projek ini kepada pengetua sekolah, saya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak sekolah. Saya bercadang untuk membina satu taman kaktus, dan menambah pokok bunga berpasu sebanyak 200 unit. Sepanjang jalan dari blok lama ke blok baru iaitu sepanjang lebih kurang 150 meter akan ditanam dengan manila Palm dengan jarak 3 kaki setiap pokok. Ibubapa akan dijemput untuk bergotong royong membina taman dan menanam pokok bunga tersebut. Saya telah menyediakan plan taktikal untuk memastikan perancang dapat dijayakan dengan sempurna. Semasa membentangkan plan tindakan tersebut dalam mesyuarat guru, ramai guru yang tidak yakin matlamat yang di rangka akan dapat dicapai. Tetapi ada sebahagian guru yang positif, yakin saya dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya. Saya mencadangkan 200 pokok bunga pelbagai jenis siap berpasu akan dimohon daripada setiap warga Felda di mana sekolah ditempatkan. Ini yang menjadi keraguan sebahagian guru tentang keupayaan mendapat derma tersebut. Saya menjelaskan bahawa saya yakin, dengan penerangan yang jelas kepada semua pihak derma tersebut akan diperolehi.

Suatu hari semasa membuat tinjauan ke blok bangunan baru untuk projek keceriaan yang akan saya laksanakan, saya melihat sebuah kereta Mercedes mata belalang berhenti dan seorang lelaki separuh umur turun dan meninjau bangunan tersebut. Saya bertanya kepada salah seorang pekerja siapakah lelaki tersebut. Rupanya lelaki tersebut adalah kontraktor yang membina bangunan tersebut. Lalu kepala saya ligat memikir bagaimana saya boleh mendapatkan sedikit sumbangan kontraktor berkenaan untuk program hari gotong royong perdana yang akan saya jalankan nanti. Saya berpeluang menerangkan projek yang saya rangcang kepada tuan kontraktor tersebut.

“Kalau boleh saya nak mohon sedikit sumbangan air mineral untuk pelajar, guru dan ibubapa semasa projek gotong royong tersebut” rayu saya memohon simpati.
“Kalau perlu saya mohon secara resmi, bersurat” sambung saya lagi. Tuan kontraktor tersebut memandang saya tidfak berkelip. Berdebar juga rasanya. Salah ke permintaan saya. Atau masanya yang tidak tepat.

“Ramaikah ibubapa yang akan akan datang?”Tanya tuan kontraktor berkenaan sambil memandang saya.
“Saya jangka ibupa yang akan dijemput lebih kurang 50 orang, guru 35 orang dan pelajar sekolah lebih kurang 400 orang. Lebih kurang 500 botol air mineral yang diperlukan” jelas saya lagi.

“Ginilah…disebabkan saya telah dapat menyiapkan projek ini tepat seperti yang telah ditetapkan saya bercadang untuk mengadakan kenduri di sekolah ini. Apakata cikgu aturkan program kenduri pada hari gotong royong tersebut. Sebahagian bergotong royong membuat projek cikgu, sementara sebahagian lagi bergotong menyediakan makanan. Lepas bergotong royong, kita jamu mereka makan tengahari. Saya berikan RM2500.00, saya rasa cukup untuk sembelih seekor lembu..” jelas tuan kontraktor sambil tersenyum. Saya mengucapakan terima kasih yang amat kerana bonus yang tidak disangka-sangka ini memberikan ruang kepada saya untuk melaksanakan projek saya ini dengan lebih meriah. Kecik yang diminta, besar yang dapat. Minta air mineral dapat lembu…

Untuk memastikan projek saya ini dapat dijayakan dengan sempurna saya telah mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan sokongan. Saya menghadiri mensyuarat PIBG untuk memberikan penjelasan dan memohon sedikit bantuan kewangan untuk menampung kos pengangkutan untuk memungut sumbangan pokok bunga dari masyrakat setempat. Saya juga telah memberikan penerangan dan penjelasan kepada pelajar dan meminta pelajar menjelaskan program ini kepada ibubapa mereka. Bersama sekumpulan pelajar saya menyiapkan sebuah banner untuk meransang ingatan dan kefahaman pelajar. Untuk memberikan penjelasan yang lebih kepada ibubapa saya juga menghadiri mesyuarat JKKR dan GPW Felda. Saya tidak menghadapi masalah dengan kumpulan-kumpulan ini kerana saya sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang danjurkan mereka. Selain daripada itu dua minggu sebelum tarikh kutipan pokok bunga yang akan didermakan oleh penduduk setempat, saya telah melekatkan iklan memohon sumbangan tersebut dan ditampal di kedai-kedai runcit dan tempat-tempat penting di seluruh kawasan Felda. Saya juga meminta kerjasama imam masjid untuk membacakan permohonan sumbangan di masjid sebelum sembahyang jumaat.

Akibatnya, dengan begitu cepat dan meluas berita aktiviti ini menjadi perbualan di kalangan penduduk. Sudah tentu ada yang memberikan sokongan dan yang pasti ada juga kelompok yang sentiasa negatif.

“Saya mana ada anak lagi kat sekolah. Semua anak saya telah habis sekolah. Saya tak perlulah bagi derma” kata seorang penduduk kampung. Saya tenang sahaja kerana saya telah siap sedia dengan jawapan-jawapan yang kongkrit.
“Apa salahnya anak pakcik tak ade yang bersekolah lagi. Sekolah nikan kat tempat kita. Patutlah kita berikan sokongan. Jelas saya sambil tersenyum.
“Malaslah aku nak bagi pokok bunga. Yang ada kat sekolah pun kering kontang tak bersiram. Tukang kebun sekolah malah-malas belaka” rungut seorang lagi bapa kepada salah seorang pelajar.
“Tak saya janji.., kalau tukang kebun tak siram, saya akan siram. Saya akan pastikan pokok bunga yang pakcik berikan sentiasa segar dan subur” saya bergurau sambil gelak.

Setelah semua selesai diatur. Jawatankuasa PIBG akan mengetuai aktiviti penyediaan makanan. GPW akan mengetuai gotong royong menyiapkan taman kaktus dan beberapa jawatankuasa lagi. Sehari sebelum gotong royong perdana dijalankan, saya dengan dibantu beberapa ahli PIBG bergerak dari rumah ke rumah memungut pokok bunga yang didermakan. Dengan berbantukan sebuah hella, dan menaiki lori kayu yang digayutkan dengan banner yang selama ini tergantung kat pagar sekolah, saya mengunjungi setiap buah rumah. Alangkah terkejutnya saya kerana hampir semua rumah telah bersedia dengan pokok bunga berpasu yang akan didermakan. Paling mengharukan, bukan satu pasu saya dapat dari sebuah rumah, malah ada ibubapa yng memberikan beberapa pokok bunga yang menjadi milik mereka selama ini. Bagi tuan rumah yang tiada di rumah, mereka telah letakan bunga yang akan didermakan ditepi-tepi jalan. Saya bercakap melalui hella dari atas lori seperti lori yang menjual perabut yang masuk ke kampung-kampung. Ibubapa siap berbaris di tepi-tepi jalan. Di suatu simpang saya ditahan oleh pakcik semalam yang kata taknak menyumbang kerana tak ada anaknya yang bersekolah.

“Cikgu dah lalu rumah saya?” Tanya pakcik tersebut.
“belum jawab saya” jawab saya ringkas.
“Nanti Cikgu pergi rumah saya. Kat tepi jalan ada pokok bunga kertas dalam 3 buah pasu. Sayang tau!, tapi sebab cikgu minta kita bagi lah..” jelas pakcik itu lagi

Terasa sakit pinggang mengangkat pokok-pokok bunga tersebut. Sebanyak lima kali penuh lori berulang alik ke sekolah dari rumah ibubapa.Jumlah pokok bunga yang berjaya saya kutip ialah sebanyak 420 bunga berpasu.Dari jam 8 pagi hingga jam 3.00 petang. Satu pencapaian yang jauh melebihi target. Pelbagai jenis kaktus juga telah berjaya dikumpul.

Esoknya satu gotong royong perdana telah diadakan. Yang besnya pengetua telah mengingatkan dalam perhimpunan sehari sebelumnya semua pelajar dibenarkan memakai tracksuit untuk melaksanakan aktiviti. Semua guru juga. Pengetua sendiri memakai tracksuit dan membawa sebilah cangkul. Kalau dah pengetua sendiri menggali lubang, cikgu dan ibubapa dan pelajar apatah lagi. Malu alahlah mereka. Suasana di sekolah cukup meriah. Kumpulan memasak kecoh di tempat mereka dengan gelak ketawa mengusik satu sama lain. Pelajar berulangalik dengan kereta sorong memunggah dan mengatur pasu-pasu bunga. Tengahhari jamuan telah siap. Semuanya befrjalan dengan lancar. Pokok Manila Palm hasil sumbangan GPW (Gerakan Peneroka Wanita) telah Berjaya ditanam dikiri kanan jalan masuk dan jalan ke blok bangunan baru. Pelbagai kaktus (10 jenis) juga sumbangan ibubapa Berjaya ditempatkan disebuah taman kaktus. Pokok bunga kertas berpasu disusun ditempat-tempat strategi. Serta merta landskp sekolah berubah. Ceria dan sedap mata memandang. Pokok-pokok bunga ini kemudiannya dijagai dengan baik oleh tukang kebun sekolah.

Suatu petang di hari minggu saya datang ke sekolah. Saya melihat dua orang makcik sedang menyiram pokok-pokok bunga yang ditanam semasa gotong royong hari itu.

“Tak payahlah makcik datang, saya akan jaga pokok bunga ini sehingga subur”kata saya sambil tersenyum melihat mereka.

“Eh, ni semua kan pokok bunga yang kita sumbangkan. Tentunya kita sayang. Lagi pun rumah makcik kan kat depan tu je... tak dek masalahnya” jawab makcik tersebut. Mereka dah rasa sekolah ini tanggungjawab mereka juga.

Alhamdulillah…

Azreen Pelajar Cemerlang PMR OKU Pahang

Semalam 26.12.2009, semasa saya membelek surat khabar Utusan Malaysia, terpampang dirungan tengah cerita kejayaan seorang pelajar SMK Jengka Pusat memperolehi 8A1B. Mungkin suatu kejayaan yang cemerlang bagi pelajar biasa. Tetapi kejayaan ini menjadi sangat cemerlang bagi seorang pelajar istimewa. Kejayaan yang mencabar pelajar biasa. Cabaran kepada semua pelajar yang kuat upaya dari seorang pelajar yang kurang upaya. Kejayaan yang diperolehi melalui kepayahan dan kesulitan. Kejayaan yang diraih melalui pengumpulan segenap kudrat dan kekuatan dalam dari seorang pelajar kecil molek yang kurang segalanya dari segi fizikal tetapi kaya dengan kepercayaan dan sifat positif bahawa daya membawa jaya. Hendak seribu daya.

Saya masih ingat, masih segar dan jelas dalam ingatan saya, bagaimana saya lihat kelibat adik Azreen semasa hari pertama di mendaftar ke tingkatan satu. Seorang pelajar kurang upaya mendapat 5A UPSR. Ibunya yang sentiasa tersenyum tetapi tidak berupaya menutup rasa bimbang dan cemas untuk meninggalkan anaknya di asrama. Masa itu saya ditugaskan sebagai penyambut tetamu di asrama. Hati saya tersentuh. Begitu terharu dengan keberanian ibunya lebih-lebih lagi adik Azreen sendiri yang begitu berani dan bersedia untuk menghadapai cabaran hidup di asrama, dalam masa yang sama ramai lagi pelajar yang penuh upaya fizikal dan kesihatan memberikan pelbagai alasan untuk menolak tawaran tinggal diasrama. Saya melihat ibunya memapah lengan Azreen menuju ke Asrama.

Permohonan ibunya untuk menempatkan anaknya ditingkat paling bawah dan memohon sepupunya untuk tinggal sebilik bagi membantu memudahkan pergerakan Azreen segera saya bawa kepada pihak pengurusan asrama dan diluluskan. Bermulanya cabaran seorang pelajar kurang upaya yang tinggal di asrama untuk menguruskan kehidupan harian.

"Di rumah, segalanya saya uruskan. Nak bergerak ke mana-mana pun saya yang papah dia" jelas ibu Azreen kepada saya. Selain ibu dan bapanya, datuk serta neneknya juga turut sama datang memberikan sokongan semasa mendaftar di asrama.

"Kalau dia dapat tawaran ke asrama penuh pun, kami tidak akan melepaskannya. Sukar untuk kami melawat, mungkin jauh jauh dari sini. Kalau sekolah ini, kami boleh datang pada bila-bila masa, kalau ada masalah" sambung ayahnya.

"Saya tidak ada kemampuan untuk menghantar dan mengambilnya setiap hari ke sekolah memandangkan rumah kami jauh dari sekolah. Bila tinggal di asrama nanti dia terpaksa buat sendiri semua perkara. Mungkin kaki dan tangannya menjadi lebih kuat." sambung ibunya lagi.

Azreen yang sangat lemah fizikal kaki dan tangannya. Pertuturanya juga sangat tidak jelas dan perlahan. Gadis kecil berkulit putih ini sukar untuk menguntum senyuman. Mungkin kerana kesukaran hidupnya, atau mungkin juga kerana bimbangkan suasana baru yang akan ditempuhi di sekolah pada masa-masa mendatang.

Terasa masa terlalu cepat berlalu. Sesekali saya bertanya pada pelajar asrama, bagaimana Azreen datang ke sekolah. Saya membayangkan kesukarannya, kerana jarak antara asrama dan sekolah lebih kurang 200.meter. Terapaksa pula mendaki anak tangga gajah menyusu. Sepupunya memberitahu bahawa dia dan Azreen ditumpangkan oleh warden asrama iaitu Cikgu Zaleha. Begitulah rutinnya.

Suatu hari semasa di kantin sekolah, saya melihat kelibat Azreen berjalan sendirian menuju ke kantin sekolah tanpa dipapah sepupunya. Gembiranya hati saya melibat perubahan drastik Azreen. Terharu hati saya melihat kekuatan adik Azreen mengumpul kekuatan untuk mengubah dirinya. Masa itu Azreen di tingkatan dua. Saya menhampiri Azreen selepas dia mengambil makanan.

"Azreen apa khabar?" tanya saya sambil tersenyum dan duduk dihadapannya.
"Baik!" perlahan tetapi jelas." suaranya juga sudak agak jelas. Dia tersenyum dan mempelawa saya makan. Saya berbual-bual dengannya. Bertanyakan masalah pelajaran dan kehidupan di asrama. Dia melayan pertanyaan saya dan menjawab satu persatu. Ayat-ayat disusun perlahan. Masih tidak berupaya bercakap seperti orang lain tetapi sudak banyak peningkatan!

Saya menceritakan kepada rakan-rakan guru tentang perubahan Azreen. Perubahan dari mula asal dia datang dengan Azreen hari ini. Entah mengapa saya begitu teruja dengan berubahan fizikalnya.

"Sebenarnya, pergerakan hariannya kesekolah, menjalankan aktiviti ringan di asarama menguatkan otot-ototnya. Dia sendiri mencuba untuk buat sendiri aktiviti yang dijalankan. Kak Lah percaya menjelang dia dewasa nanti, dia akan pulih seperti biasa" Kata Pn. Hjh Ramlah, GPK1.

"Kak Lah tengok keputusan periksanya bagus dan sentiasa meningkat dan dia selalu masuk dalam kelompok 20 pelajar terbaik setiap kali peperiksaan dan ujian dijalankan. Kak Lah yakin Azreen akan mendapat keputusan cemerlang PMR nanti"

Dan seperti diduga. Selepas keputusan PMR baru-baru ini dikeluarkan. Azreen muncul salah seorang pelajar cemerlang sekolah dan diistiharkan Pelajar Cemerlang OKU pahang dengan memperolehi 8A1B, walaupun kami warga sekolah tidak pernah merasa dia OKU. Kami yakin dengan perubahan drastik fizikalnya Azreen bukan sahaja bakal menjadi pelajar cemerlang SPM nanti, tetapi dia juga akan berusaha cemerlang mengubah fizikalnya untuk menjadi lebih kuat.

Tahniah AZREEN, kita wajar mencontohi kegigihanya....

Leadership dan Relationship

Apa yang saya ingin tulis ini lebih kepada cara bagaimana pengetua dapat menjalinkan hubungan dengan stake holders khususnya bagi pengetua yang baru melaporkan diri di sesebuah sekolah. Saya masih ingat lagi bagaimana pengetua saya yang selalu terbang tinggi di awan biru. Tidak boleh turun ke bawah. Akhirnya tidak mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat. Kurang sokongan ibubapa. Tidak dapat duduk semeja dengan Pengurus-pengurus FELDA yang mana pelajar-pelajar dari FELDA tersebut adalah feeder kepada sekolah tersebut.

Perhubungan yang tidak mesra ini berlarutan sehingga menjejaskan aktiviti-aktiviti sekolah yang dirancang. Banyak perkara yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan. Banyak aktiviti yang dirangka tetapi tergendala. Kalau pun ada aktiviti yang berkaitan dengan ibubapa dilaksanakan tepai impaknya minimum. Mesyuarat-mesyuarat PIBG tidak dapat dijalankan. Mesyuarat Agung PIBG tidak mendapat sambutan. Kedatangan ibubapa sangat kurang. Majlis-majlis perjumpaan dengan ibubapa juga lengang.

Pada suatu hari, tanpa dijangka dan tanpa diduga, tiba-tiba sekolah dikejutkan dengan kedatangan 10 orang Nazir Persekutuan. Lima hari berkampung di sekolah. Semasa memberikan taklimat awal kepada pihak Nazir, pengetua memaklumkan banyak aktiviti tidak dapat dijalankan kerana pihak sekolah tidak mendapat kerjasama dengan pihak masyarakat setempat khususnya para ibu bapa. Banyak juga perkara lain yang dipantaulihat oleh pihak Nazir. Terutamanya proses P&P yang dijalankan guru. Guru-guru semua menikus. Semua focus kepada P&P di kelas masing-masing. Cikgu sampai lenguh-lenguh tangan membimbit ABM yang telah berabuk (Lama tak guna)Semua jadi rajin serta merta. Pelajar pun jadi heran, mengapa semua chegu cepat sampai bila loceng berbunyi.

Sebagai setiausaha PIBG, saya telah dipanggil oleh ketua rombongan Nazir. Saya diminta memanggil semua jawatankuasa PIBG ibubapa, semua Pengurus Felda, semua imam, Pengerusi JKKR dan Pengerusi GPW Felda. Perjumpaan yang diadakan di sebelah petang di library dihadiri sebahagian besar jemputan. Saya yang selalu datang ke sekolah kerana rumah saya berdekatan terserempak dengan pengetua. Pengetua yang rasa tidak sedap hati telah mengajak saya untuk turut sama dalam perjumpaan tersebut. Kami masuk semasa mesyuarat sedang dijalankan.

“Perjumpaan ini dijalankan secara tertutup. Hanya mereka mendapat jemputan sahaja perlu ada di dalam bilik ini. Sesiapa yang tidak mendapat surat jemputan, sila keluar” Tegas sekali suara Ketua Nazir tersebut memberikan arahan. Saya memandang kearah pengetua. Mukanya berubah warna. Merah, biru, kuning, hijau dan segala macam warna dan rasa terus bangun meninggalkan majlis tersebut. Saya yang juga terasa malunya bangun dan terus keluar. Sebenarnya saya tahu perjumpaan ini hanya antara nazir dengan pemimpin-pemimpin tempatan tanpa ada kehadiran guru. Sebab itu saya berat hati nak masuk tadi. Saya pun tidak bersedia. Datang tadipun pakai selipar.

Jadi kami semua tidak tahu butir bicara perjumpaan tersebut. Tetapi dalam taklimat akhir jemaah nazir, ada juga kiasan-kiasan yang meminta warga sekolah mewujudkan suasana mesra dengan masyarakat sekitar. Tidak lama kemudian pengetua saya tadi bertukar ke satu kawasan lain.Penggantinya adalah seorang yang dibawa dari luar kawasan.

Hari pertama pengetua datang ke sekolah, beliau telah mengajak saya ke rumah pengerusi PIBG. Saya terfikir, adakah pengetua baru ini tahu masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah sebelum ini.

“Saya datang ini untuk melaporkan diri kepada tuan sebagai pengetua baru sekolah. Jadi saya percaya, sebagai orang baru saya perlu jumpa tuan. Tanpa bantuan pihak tuan saya percara saya tidak boleh menguruskan sekolah dengan baik”. Bla….bla…bla dan banyak lagi kata merendah hati serta berhamburan kata-kata pujian kepada YDP PIBG sekolah. Terkedu YDPG PIBG, Matanya terkebil-terkebil. Terlayang-layang ke utara.

Esoknya, rumah pak imam. Tulat jumpa Pengurus Felda, Tulim, jumpa GPW dan seterusnya. Sayalah pemandu arah kepada pengetua untuk melakukan kunjungan hormat ini. Last sekali pengetua tanya saya sapa orang paling gedebe di kawasan tersebut. Hairan saya, mengapa pengetua bertanya demikian. Rumanya orang gedebe dan berpengaruh juga termasuk dalam senarai pengetua untuk dikunjungi.

“Saya ni sebatang kara kat sini. Tak ada sedara mara. Belum ada rakan kenalan lagi. Jadi dengan abanglah saya datang menyerah. Saya tahu kat sini sekali saja abang berdehem, semua orang cabut lari. Saya harap saya boleh mengadu dengan abang kalau apa-apa yang berlaku ke atas saya” baik punya tusukan kata-kata pengetua. Gedebe macamana pun, hancur. Luluh jiwa raga bila kena pujuk dan puji begitu. Dalam hati, saya berkata pengetua memang pandai mewujudkan relationship dengan masyarakat. Apabila relation telah wujud maka lebih mudah pula proses leadership hendak dilaksanakan.

Semenjak hari itu, hubungan antara sekolah dengan ibubapa berubah menjadi semakin baik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang mendapat kerjasama sepenuhnya. Gotong royong yang diadakan penuh dengan ibubapa dan guru. Mesyuarat agung PIBG, kehadiran ibubapa penjaga melimpah ruah ke luar dewan. Dan yang paling penting relationship dan leadership yang diwujudkan oleh pengetua dikalangan guru, ibubapa dan pelajar telah melonjakkan keputusan peperiksaan awam sekolah ke tingkat yang paling tinggi dalam sejarah sekolah. Kesimpulannya, kejayaan sekolah adalah adunan daripada gabungan pelbagai faktor. Paling penting hubungan (relationship) dengan masyarakat setempat dan ibu bapa perlu dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Dengan itu proses kepimpinan dan pengurusan (leadership) akan menjadi lebih mudah. Kepada pengetua yang baru melaporkan diri ke sekolah-sekolah yang baru, lakukanlah kunjungan hormat kepada ketua-ketua masyarakat. Rendahkanlah hati untuk menemui mereka. Rendah hati tidak bermakna rendah diri. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Seia Sekata Segerak Seirama

Dalam sesebuah organisasi, khususnya sekolah, kesepakatan, kesepaduan, kerjasama sepasukan serta kejelekitan amat penting dan mustahak untuk dibudayakan. Hal ini penting untuk memastikan visi dan misi sekolah akan dapat diatasi dengan jayanya. Andaikan Organisasi sekolah ibarat sebuah enjin, semua komponen enjin mesti berfungsi. Salah satu komponen yang tidak berfungsi akan menyebabkan enjin tidak dapat beroperasi. Walaupun minyak yang buruk dan berwarna hitam sekalipun fungsinya sangat besar. Tanpa minyak hitam pecahlah enjin. Tak berfungsilah engin.

Di sekolah, semua pihak tidak terkecuali. Dari sebesar-besar jawatan kepada sekecil-kecil jawatan mesti ada sumbangannya yang tersendiri. Dari pengetuannya hinggalah kepada Jaganya semua berperanan ke arah kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Sebab itu, pengetua tidak boleh mendabik dada bahawa kalau tidak kerana pengetua, hancurlah sekolah. GPK pun sama, guru, pelajar, staf dan seterusnya. Setiap aktiviti dan program yang dirancang mesti mendapat sokongan secara total daripada semua pihak. Mesti mendapat dokongan bulat daripada seluruh warga sekolah barulah kejayaan yang dimatlamatkan akan mudah diperolihi. Kelompok antara guru atau juga politik organisasi tidak boleh dibiarkan berkembang biak. Mesti diselesaikan. Kelompok-kelompok yang wujud pasti akan memecahbelahkan organisasi. Pengetua perlu memainkan peranan memecahkan kelompok yang ada. Yang lebih parah kalau pengetua sendiri menjadi ahli sesuatu kelompok tertentu. Barang diingat pengetua memainkan peranan paling utama untuk meneraju sekolah. Mengikut Hellinger, Presiden New York Times, bahawa dia tidak pernah bertemu sebuah sekolah yang merosot dengan pengetua yang baik dan tidak juga bertemu sekolah yang cemerlang diketuai oleh pengetua lemah. Yang selalu ditemui ialak sekolah yang bagus diketuai oleh pengetua yang bagus dan sekolah yang merosot ditadbir oleh pengetua yang teruk.

Apabila sesuatu program utama sekolah dijalankan, semua pihak perlu dilibatkan. Wujudlah jawatankuasa yang menyeluruh. Tidak mungkin semua guru akan terlibat sebagai jawatankuasa bagi sesuatu program. Tambahan lagi kalau sekolah itu besar dan guru serta kakitangannya ramai. Guru-guru yang tidak terlibat dalam program ini mesti terlibat dengan aktiviti yang lain yang akan datang. Yang penting semua pihak ada rasa dan dalam pengetahuan sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Saya masih ingat, suatu masa dulu semasa di sekolah lama dulu. Ada seorang guru yang memang tidak peduli aktiviti yang dijalankan oleh orang lain di sekolah. Hatta aktiviti sekolah sekali pun. Ada sekali tu pihak sekolah mengadakan aktiviti ceramah motivasi dengan menjemput penceramah dari luar. Cikgu ini bukan sahaja tidak mengikuti aktiviti yang dijalankan tetapi telah membawa pelajarnya ke perpustakaan. Pengetua yang menyedari ketidakhadiran guru dan sebahagian kecil kecil pelajar ini meminta cara mencari cikgu tersebut.

"Pengetua jemput supaya cikgu mengikuti program motivasi di dewan" Saya memberitahu cikgu tersebut selepas memberikan salam.

"Tak apalah saya ada aktiviti dengan pelajar. Kalau pengetua nak marah biar dia marah saya" jawab cikgu ini selamba. Dia ni bukan jenis kaki melawan. Tetapi jenis yang buat hal sendiri. Dah beberapa kali apabila berurusan dengannya benda yang mudah menjadi payah. Malas saya nak melayan.

Lepas tu di kena mengadap pengetua. Tak tahu apa yang jadinya. Pengetua saya jenis orang pandai menjaga hati guru-gurunya. Dia tidak pernah menegur kesilapan guru, di hadapan guru lain. Selalunya diselesaikan secara berdepan. Panggil dalam bilik . Ditegur dengan bersopan. Kalau tak makan saman juga, Pengetua akan memanggil sama GPK-GPK duduk semeja siap makan dan minum lagi.

Mungkin, secara umumnya khususnya tindakan guru tersebut bukannya berniat untuk memulau aktiviti sekolah. Tetapi cikgu ini jenis tak berapa bercampur dengan orang lain. Jadi dia buat apa yang dia fikir sahaja. Sikap ini amat tidak baik dalam sesebuah organisasi. Semua pihak tidak perlu berfikir secara mikro tetapi lebih kepada fikiran makro secara menyeluruh untuk kebaikan bersama di sekolah.

Kita lihat satu satu kelompok yang sering terlepas pandang ialah jaga sekolah. Jaga sekolah sekarang sering dianggap pihak luar dan bukan sebahagian daripada warga sekolah. Jaga hanya dianggap bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolah semata-mata. Kalau ada jamuan di sekolah kumpulan ini selalunya tidak dijemput bersama. Walhal makanan yang ditempah berlebihan. Membazir. Tak juga sebab ada tukang bungkus yang sudi membawa balik. Adalah lebih baik jaga juga dijemput sama dalam jamuan. Seronok mereka. Mereka akan rasa mereka sebahagian daripada sekolah.

Sebenarnya jaga akan meberikan gambaran awal tentang sekolah dengan pihak luar. Bayangkan kalau pemantau seperti contohnya pihak Nazir datang ke sekolah dan berbual-bual dengan jaga dan tanya tentang Pengetua sekolah. Tidakkah parah kalau jaga tersebut memberitahu pengetua dan warga sekolah tidak pernah menyapa mereka. Perkara yang mudah sahaja, tetapi jarang dapat dilakukan. Sekurang-kurangnya berikan senyuman, angkat tangan dan pandang kepada mereka semasa melalui pondok jaga. Sejuk hati mereka. Besar harga diri mereka. Pasti melambunglah pujian mereka kepada sekolah seperti yang saya ceritakan dalam cerita sekuriti guard, banyak bagus itu pengetua.

A Nice Poem

Side by Side
They lie on the table side by side
The Holy Quran and the T.V. Guide.
One is well worn and cherished with pride.
Not the Quran, but the T.V. Guide.
One is used daily to help folks decide.
Not the Quran, but the T.V. Guide.
As the pages are turned, what shall they see?
Oh, what does it matter, turn on the T.V.
So they open the book in which they confide.
No, not the Quran, but the T.V. Guide.
The Word of Allah is seldom read.
Maybe a verse before they fall into bed.
Exhausted and sleepy and tired as can be.
Not from reading the Quran, from watching T.V.
So then back to the table side by side,
Lie the Holy Quran and the T.V. Guide.
No time for prayer, no time for the Word,
The plan of Istiqama is seldom heard.
But forgiveness of sin, so full and free,
Is found in the Quran, not on T.V.

Sajak ini dipetik daripada email :
Siti Anidah Mahadi
Pensyarah Kanan
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Sri Layang, 69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 603-61056100 Faks: 603-61056299HP: 012-2303750

Tahniah Kak Lah

Baru-baru ini saya telah mendapat khabar gembira tentang seorang sahabat. Yang juga seorang GPK 1 sekolah lama saya. Seseorang yang saya anggap juga berperanan dalam proses saya menjadi saya seperti sekarang. Sebenarnya kita sekarang adalah kita yang telah berjaya walaupun di tahap mana kita berada di sebabkan oleh sumbangan semua orang berada di sekeliling kita, di sekitar kita. bermula dengan kedua ibubapa kita, keluarga kita, saudara mara kita. Kawan-kawan kita, rakan sepejabat kita dan sesiapa sahaja yang telah langsung atau tidak langsung memberikan sumbangan sama ada tenaga atau wang ringgit atau apa-apa sahaja yang telah membangunkan diri kita.

Kita sering terlupa. Kita selalu terlepas pandang kepada orang-orang sekeliling kita yang selama ini mungkin sedikit sebanyak telah membantu kita sehingga kita menjadi seperti kita sekarang. Renungkan kisah Charles Plumb yang telah selamat daripada terhempas selepas jet pejuangnya di tembak jatuh semasa bertugas di Vietnam dulu.

Who's packing your parachute?
Charles Plumb, a US Naval Academy graduate, was a jet fighter pilot in Vietnam. After 75 combat missions, his plane was destroyed by a surface-to- air missile. Plumb ejected and parachuted into enemy hands. He was captured and spent 6 years in a communist Vietnamese prison. He survived the ordeal and now lectures on lessons learned from that experience.One day, when Plumb and his wife were sitting in a restaurant, a man at another table came up and said, "You're Plumb! You flew jet fighters in Vietnam from the aircraft carrier Kitty Hawk. You were shot down!" "How in the world did you know that?" asked Plumb."I packed your parachute," the man replied. Plumb gasped in surprise and gratitude. The man pumped his hand and said, "I guess it worked!" Plumb assured him, "It sure did. If your chute hadn't worked, I wouldn't be here today."Plumb couldn't sleep that night, thinking about that man. Plumb says, "I kept wondering what he might have looked like in a Navy uniform- a Dixie cup hat, a bib in the back, and bell bottom trousers. I wonder how many times I might have seen him and not even said good morning, how are you or anything because, you see, I was a fighter pilot and he was just a sailor." Plumb thought of the many hours the sailor had spent on a long wooden table in the bowels of the ship, carefully weaving the shrouds and folding the silks of each chute, holding in his hands each time the fate of someone he didn't know.Now, Plumb asks his audience, "Who's packing your parachute?" Everyone has someone who provides what they need to make it through the day. Plumb also points out that he needed many kinds of parachutes when his plane was shot down over enemy territory-he needed his physical parachute, his mental parachute, his emotional parachute, and his spiritual parachute. He called on all these supports before reaching safety.His experience reminds us all to prepare ourselves to weather whatever storms lie ahead. As you go through this week, this month, this year...recognize people who pack your parachute!


Author Unknown





Buat Kak Lah, walau pun saya hanya sempat bekerja bersama Lah selama empat sahaja bermula 2006 - 2009, saya fikir saya banyak mengutip pengalaman berharga. Banyak input, petua serta pengalaman yang saya timba daripada Kak Lah. Terima kasih. Selamat maju jaya. Saya sentiasa doakan semoga Kak Lah akan dapat mengemudikan SMKJ21 dengan cemerlang.

Aktiviti Kecergasan Orientasi Staf Baru IAB '09

Semuanya menunjukkan isyarat OK sebelum memulakan aktiviti...


Seperti dijanjikan, saya paparkan beberapa keping gambar semasa menjalankan aktiviti kecergasan, dalam program Orientasi Staf Baru yang bermula pada 7.12.2009 hingga 10.12.2009 bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka.








"Saya dapat dua ekor rama-rama.." kata Syima

"OK le tuh...janji tak dapat mangkuk" sambung Yam





Antara HP dan Remote TV

Semasa sampai di Tol Chenor, baru saya perasan saya tidak membawa hp. Oleh kerana masa sudah agak lewat, saya tidak bercadang untuk pusing semula ke rumah yang jaraknya lebih kurang 40 km. Lagi pun Minhad sudah memaklumkan untuk servis keretanya terlebih dahulu dalam perjalanan ke Melaka. Kalau pusing balik semula ke rumah ini akan mengganggu lagi masa ke Melaka yang kian suntuk. Lagi pun saya berfikir, kalau ada apa-apa kecemasan isteri saya boleh menghubungi saya melalui telefon Minhad.

Nak dijadikan cerita, kursus pada hari terakhir termakan sedikit masa perasmian penutup. Maka perasmian penutup termakan masa makan tengah hari dan masa pendaftaran keluar hotel. Sepatutnya masa checkout ialah jam 12.00. Kami diminta checkout terlebih dahulu sebelum makan tengahari. Di Lobby, sudah kelihatan ramai pelanggan resort yang sedang menunggu bilik mereka. Masa tu juga nak bergambar kenangan kursus. Kelam kalibutlah jadinya.

Sebaik sahaja majlis mengambil gambar tamat kursus, saya bergegas ke kaunter untuk update kunci dan tergesa-gesa ke bilik untuk mengemaskan barang. Semua pakaian, yang telah atau belum dipakai dimasukkan secara bercampurgaul dalam beg. Barang-barang keperluan peribadi, sikat, minyak rambut, gunting kecil, dan bermacam barang lagi bersepah di atas meja. Semua barang-barang ini saya pakai ambil je dan terus masukkan dalam beg kecil saya saya bawa khas untuk mengisi barang-barang keperluan peribadi tersebut.

Sampai di rumah, semasa menanggalkan pakaian, baru saya perasan saya telah terbawa balik remote tv resort. Saya tak pasti entah bila masanya saya memasukkan remote tv tersebut ke dalam poket selaur saya. Isteri serta anak-anak saya tergelak besar bila saya katakan mungkin saya secara tidak sedar menganggap remote tv tersebut adalah hp saya. Sedangkan saya tidak membawa hp saya. Malu saya pada diri sendiri dan anak-anak. Saya berjanji dengan anak-anak serta isteri saya untuk memulangkan remote tv tersebut melalui pos.

"Berapa juta agaknya pihak resort akan berikan hadiah kerana kejujuran ayah mengakui kesilapan dan memulangkan semula remote tv tersebut" kata Along sambil menekan-nekan perutnya menahan ketawa.

"Kalau Datin Seri Romah Mansoor, isteri Perdana Menteri mendapat RM7 juta kerana jujur memulangkan koleksi peribadi putera Arab saudi, Ayah dapat RM1 juta pun cukuplah" sambung Along lagi sambil disambut gelak beramai-ramai anak-anak dan isteri saya.

Saya turut gelak sambil berazam untuk memulangkan remote tersebut secepat mungkin....

Orientasi Pensyarah Baru

Sudah seminggu saya tidak sempat menulis. Bermula 7.12.2009 hingga 10.12.2009 satu program untuk pensyarah baru telah diadakan di Puteri Resort Melaka. Balik dari Melaka, bergegas pula balik ke Kelantan untuk melawat ibu saya yang sedang sakit. Hari ini 14.12.2009 balik semula ke Bentong. Baru sempat buka laptop. Semasa di Melaka bukan tidak sempat. Jadual pun bukannya padat sangat, tetapi signal broadband tidak cukup kuat untuk melayari internet. Entah bila agaknya masalah ini akan selesai...

Saya akan ceritakan sedikit sebanyak tentang beberapa peristiwa dan aktiviti semasa Orientasi Pensyarah baru dalam tulisan saya yang akan datang...

Seni Menangani Konflik

Sebagai sebuah organisasi yang unik, institusi pendidikan sekolah tidak akan terlepas daripada konflik dalaman. Dalam sistem pendidikan sekolah yang terdiri daripada pelbagai hala perhubungan; guru dengan pelajar, guru dengan guru, guru dengan pihak pengurusan sekolah, guru dengan pelajar, guru dengan ibu bapa, guru dengan komuniti, pengurusan sekolah dengan stake holders seperti PPD, JPN dan kementerian serta hubungan dengan komuniti. Maka tidak dapat dielak, pastinya dalam keadaan dan masa yang tertentu akan wujud konflik antara kumpulan kecil dalam institusi pendidikan ini.

Maka dengan kuasa sah dan kuasa pakar pihak pengurusan sekolah terutamanya pihak pengetua perlu menangani segera konflik yang wujud. Paling penting konflik yang wujud antara guru dengan pihak pengurusan sekolah terutama pengetua perlukan penyelesaian yang menyeluruh agar hubungan keruh tersebut akan dapat ditangani.

Semua pihak perlu ada sifat-sifat rendah hati. Rendah hati tidak semestinya merendah diri, tidakmungkin merendahkan martabat kita. Tidak juga menjatuhkan maruah seseorang. Bahkan seseorang yang rendah hati akan menjadi lebih hebat, lebih dikagumi, dan lebih dihormati. Yang lebih penting, pengetua perlu memiliki seni menyelesaikan konflik di sekolah supaya situasi menang-menang akan dapat diperolehi oleh ke dua-dua pihak. Elakan daripada kuasa dan pengaruh akan menang dalam mengatasi konflik antara guru dengan pengetua sehingga wujud penyelesaian terakhir di mana guru akan ditukarkan. Atau lebih teruk, kuasa dan pengaruh guru yang berakhir dengan pengetua juga boleh ditukarkan ke sekolah lain. Ini akan menyebabkan reputasi pihak yang kalah yang menjadi lebih teruk kerana tanggapan dan persepsi sekolah yang menerima pertukaran tersebut akan bermula dengan pandangan negatif kepada guru atau pengetua yang ditukarkan itu.

Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada sebabnya. Tidak mungkin seorang guru akan berkonflik dengan pengetua semata-mata kerana jawatan pengetua itu sendiri. Mustahil seseorang guru itu tidak suka kepada pengetuanya kerana fizikal pengetua itu sendiri. begitulah sebaliknya. Adalakah seorang pengetua itu tidak suka kepada gurunya kerana guru itu tidak handsome, tidak lawa atau tidak menarik fizikalnya. Yang banyak kita lihat, selalunya krisis yang wujud antara ke dua pihak ini bermula dengan persepsi.

Suatu ketika, saya melihat konflik antara guru dan pengetua sekolah bermula sebelum pun kedua-duanya saling kenal mengenali. Kisahnya; seorang guru telah diluluskan permohonan pertukaran ke sekolah tersebut untuk berada lebih dekat dengan kediamannya. Dalam proses pengurusan selalunya nama guru yang bertukar ini akan sampai terlebih dahulu ke sekolah sebelum guru tersebut datang melaporkan diri. Dalam tempoh surat pertukaran diterima dengan tarikh guru tersebut melaporkan diri banyak cerita negatif yang disoksek-soksek dan cepat tersebar. Saya fikir di sinilah bermulanya titik tolak konflik antara guru tersebut dengan pihak sekolah barunya.

Nak jadinya cerita, guru tersebut yang telah menerima surat kelulusan pertukaran, pada suatu hari dalam cuti sekolah telah datang ke sekolah secara tidak formal untuk bukan melaporkan diri tetapi hanya sekadar meninjau dan melihat persekitaran sekolah. Entah macamana tergerak hatinya untuk naik ke pejabat sekolah. Dengan berseluar jeans dan baju T tanpa kolar dan berselipar, guru ini yang tidak mengenali pengetua sekolah tersebut telah memberikan salam kepada seseorang di kaunter pejabat. Konflik menjadi bertambah besar, bermula dengan pendengaran kini berubah kepada pandangan pula. Salah pula komunikasi.

"Sebenarnya saya tidak minta guru opsyen mate, kita kekurangan guru sejarah dan BM". Jelas pengetua setelah diperkenalkan diri oleh cikgu baru tersebut tanpa memandang kearahnya. Guru baru itu mula bergerak-gerak telinganya. Berdesing telinga. Bulat anak matanya dengan tegas menjawab;

"Masa isi borang tukar, saya pun tak minta sekolah ini, PPD yang hantar" sambil berjalan keluar pejabat.

Kalau dilihat kepada situasi di atas, jelas menunjukkan bahawa sedikit sahaja situasi yang telah memulakan corak perhubungan yang suram. Bermula dengan persepsi dari cerita ceriti, dihangatkan dengan komunikasi yang salah pada masa yang tidak sesuai. Perhubungan antara dua pihak ini menjadi bertambah parah bila keduanya saling tidak mahu mengalah.

Macamana kalau mampu kita ubah situasi di atas kepada pandangan positif. Pengetua yang mendengar khabar angin tentang peribadi dan perangai guru tersebut tidak peduli dan tidak menghiraukannya sehingga pengetua sendiri melihat dan memerhati tingkahlaku tidak baik yang dikhabarkan kepadanya. Bagaimana kalau pandangan pertama tadi tidak dilihat secara negatif. Mungkin pengetua perlu berprasangka baik. Berseluar jeans dan berselipar, pada hari-hari bukan waktu persekolahan tidak perlu diukur secara menyeluruh pribadi guru tersebut. Apa akan jadi kalau sapaan pertama dijawab dengan senyuman. Mungkin hubungan menjadi lebih baik kalau guru tersebut tidak menjawab dengan sindiran yang tajam.

Suasana yang tegang pada pertemuan pertama ini akan membawa kepada bibit-bibit kerenggangan pada perhubungan seterusnya. Keadaan-keadaan beginilah yang mencetuskan konflik di sekolah. Konflik yang baru bermula ini akan terus berpanjangan. Seharusnya pengetua menerima dengan senyuman manis bagi setiap guru yang ditukarkan ke sekolahnya. Tanyalah masalah, tanyalah keperluan guru yang baru bertukar. Tanyalah masalah keluarganya. Tanyalah penginapannya. Panggilah pembantu tadbir. Minta uruskan soal gaji supaya dapat disegerakan pembayaran gaji di tempat baru. Mintalah seorang guru kanan untuk menjadi mentor kepada guru yang baru bertukar ini. Tanyakan kemahiran yang ada pada guru tersebut. Tunjukkan kegembiraan kepada kedatangan guru ini.

Kalau pengetua dapat berbuat begini sudah tentu guru baru tersebut dapat ditawan. Akhirnya pasti guru ini akan menjadi guru yang baik. Belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah buat.....insyaallah

Bantulah Mereka

Saya melaporkan diri sebagai guru di sebuah sekolah di kawasan Felda pada bulan Jun 1993. Bulan Jun 1994 setelah setahun bertugas, saya dilantik oleh pengetua sekolah saya sebagai Setiausaha PIBG sekolah tersebut. Pada pandangan saya, jawatan tersebut mesti diamanahkan kepada guru senior kerana merka lebih mengenali masyarakat setempat. Ini akan memudahkan tugas sebagai setiausaha PIBG sekolah yang sering berurusan dengan masyarakat setempat. Namun saya tidak menolak. Saya difahamkan guru baru pasti akan diberikan tugas-tugas mencabar sebegini. Penyapu baru, jentolak baru, mesin baru dan pelbagai nama lagi diberikan kepada guru-guru baru.

Sebagai seorang guru yang tinggal di kawasan Felda, yang bergaul seharian dengan peneroka, saya yakin saya boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Selebihnya saya kenal baik dengan YDP PIBG yang baru. Rumah YDP pun tidak berapa jauh dari rumah tempat saya tinggal. Saya fikir faktor-faktor ini akan membantu saya melaksanakan tugas saya dengan baik. Sebab itu saya menerima tugas ini tanpa sebarang bantahan.

Perkara pertama yang saya cadangkan dan berjaya laksanakan semasa menjadi Setiausaha PIBG sekolah ialah mewujudkan Tabung Bantuan Guru Baru. Tabung ini adalah untuk membantu guru-guru yang baru mendaftar di sekolah saya. Saya memahami masalah mereka kerana saya juga telah mengalami masalah ini semasa saya mendaftar di sekolah ini dahulu. Kita datang dari jauh. Kewangan pula tak kukuh. Masa-masa sebelum mendapat gaji pertama adalah masa yang sangat memeritkan. Masa itu secepat-cepatnya pun gaji pertama akan diperolehi 3 bulan kemudian. Gaji pun belum ada sistem bank in lagi. Cukup bulan dapat cek. Guru baru dari keluarga berada tak jadi masalah. Mereka boleh sambung biasiswa PAMA (Talian hayat papa dan mama). Bagi kita orang kampung, orang susah, duit tak ada, tak mintak dengan mak bapak, mak bapak kita pun menjual lembu, menggadai tanah dan sebagainya semasa menyekolahkan kita sehingga ke universitu.

Tujuan saya mencadangkan pembiayaan sementara PIBG melalui tabung ini semata-mata untuk membantu guru baru meneruskan hidup dengan lebih selesa sehingga mereka mendapat gaji. Saya tidak mahu apa yang saya alami tahun lalu diwariskan pula pada guru baru. Biar kita sahaja melalui keperitan itu. Biar saya sahaja bergadai di kedai pajak gadai. Masa tu mana ada ar-rahnu.

Ada suara-suara sumbang dari rakan-rakan yang mengatakan kenapa kita beria nak tolong mereka, sedangkan kita dulu boleh pun menghadapi masalah itu. Itulah masalahnya. Mungkin setiap daripada kita mempunyai nilai mula yang berbeza. Nilai-nilai yang telah lama disemai oleh ibubapa kita sepanjang kita di bawah jagaan mereka. Kadang-kadang nilai-nilai inilah yang banyak mempengaruhi dan menentukan cara kita membuat keputusan dan bertindak. Kita susah biar orang lain jugak susah. Kita senang tak pula nak jadikan orang lain lebih senang. Emak saya dulu sering mengatakan kepada saya semasa saya kecil dahulu;

"Kalau jumpa *reba tengah jalan, jangan mengelak tetapi wajib kamu bersihkan supaya memudahkan orang lain lalu lalang", nasihat mak saya.

Nasihat itu sentiasa saya pegang. Sentiasa menjadi amalan dalam hidup seharian. Jadi kalau masalah kewangan guru baru adalah reba, saya kena ingat pesanan emak saya, saya kena buang reba tersebut. Sebabnya saya lalu kawasan tersebut sebelum ini. Saya anggap ianya suatu khidmat saya. Saya anggap ianya ibadah saya. Saya perlu bantu, walaupun tiada upahnya.

Apabila cadangan ini dikemukakan dalam mesyuarat agung PIBG sekolah, saya telah bersedia berhadapan tentangan. Tentunya daripada ibubapa sendiri yang tidak faham. Saya tidak menyalahkan ibubapa. Mereka tentu was-was. Mengapa pula PIBG perlu tolong guru baru untuk memberikan pendahuluan dengan wang yuran anak-anak mereka. Sedangkan di kalangan guru-guru lama sendiri ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Sementelahan pulalah ibubapa.

Semasa saya membentangkan usul ini saya memberikan sebab dan alasan bahwa bantuan ini hanya kepada guru-guru baru yang memerlukan sahaja. Bagi yang berkemampuan tidak perlu. Point kedua, sebagai motivasi kepada guru, agar guru-guru baru akan menganggap mereka dihargai. Tentulah mereka akan menyayangi sekolah dan sentisa memberikan komitmen yang tinggi kepada sekolah. Ketiga guru-guru baru akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses P&P. Keempat, PIBG tidak akan rugi sebab guru wajib membayar selepas mendapat gaji pertama sekaligus semua pinjaman bahkan guru yang meminjam digalakkan memberikan sedikit derma kepada PIBG seikhlas hati.

Akhirnya, berkat kejujuran untuk membantu, disokong oleh alasan yang kukuh dan munasabah, mesyuarat agung PIBG tahun tersebut meluluskan pinjaman RM300.00 sebulan untuk menampung perbelanjaan hidup mereka sebelum mendapat gaji. Tahun pertama proses berjalan dengan baik, bahkan ada peminjam yang memberikan derma RM50.00 kepada PIBG beserta jumlah pinjaman. Tahun kedua, tanpa bantahan pinjaman sementara PIBG dinaikkan kepada maksimum RM500.00. Berapalah sangat duit PIBG yang dipinjamkan kepada guru-guru baru. Paling ramai pun pada masa itu 3 orang sahaja guru baru yang mendaftar. Cukup 3 bulan mereka bayar balik dengan sedikit derma.

Biasa dan selalu diamalkan disekolah. Siapa yang rajin buat program atau projek maka jawatan itu selalunya tetap dan berpencen. Sebab itu saya telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Agung selama lapan tahun... Sepanjang tempoh tersebut banyak aktiviti yang saya telah jalankan yang mungkin sedikit kelainan dengan aktiviti yang selalu dijalankan. Saya akan ceritakan pengalaman ini dalam tajuk-tajuk yang lain di masa akan datang.

Kesimpulannya, PIBG adalah penyokong kuat sekolah. Bergantunglah kepada keupayaan pihak pentadbir untuk menggunakan peranan PIBG ke arah yang betul. Jangan pula wujud hubungan yang renggang antara sekolah dengan PIBG kerana antara keduanya adalah saling bergantung antara satu sama lain.


*Semak/pokok yang menghalang jalan

Seluar Spare

Entah pengaruh mana yang meresap, menjadikan kegilaan pelajar memakai seluar yang berkaki besar. Walaupun tidak ramai yang terikut-ikut, namun beberapa orang pelajar yang dianggap kepala di sekolah mula menjadi perhatian pelajar-pelajar yang lain. Sebagai guru disiplin sekolah, saya melihat fenomena ini bukanlah suatu masalah yang besar. Ia sekadar perubahan fesyen. Kegilaan semasa. Trend terkini masa itu. Saya hanya menasihati pelajar untuk mematuhi peraturan sekolah memakai uniform sekolah yang lengkap dan betul mengikut peraturan sedia ada. Kalau nak ikut ketetapan dalam buku peraturan sekolah luas kaki seluar yang dibenarkan adalah 18 inci sahaja. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. Tetapi kerana trend konon ada pelajar yang memakai seluar yang mana luas kakinya menutup keseluruhan kasut. Trend ini yang digayakan oleh bebrapa orang pelajar ini merimaskan sebilangan guru, kerana pelajar-pelajar ini adalah kaki ronda sekolah. Jadi mereka akan keterlihatan dimana-mana.

Beberapa orang guru membangkitkan masalah ini dalam mesyuarat disiplin menyebabkan satu cadangan telah dipersetujui iaitu membuat spotcheck. Maka pada hari itu selepas waktu rehat, beberapa orang guru dan pengawas mengadakan spotchek dari kelas ke kelas. Semua kelas telah diserbu. Dari senarai semak yang ditunjukkan oleh ketua pengawas, saya agak ramai juga pelajar yang telah dikategorikan memakai seluar yang menyalahi peraturan sekolah.

"Cikgu, saya jumpa seluar ini dalam tandas pelajar lelaki" tiba-tiba salah seorang pengawas saya membawa masuk sehelai seluar yang berlipat kemas. Saya memeriksa seluar yang diunjukkan oleh pengawas saya.

"Seluar sapa?" tanya saya.
"Taktahu cikgu, saya jumpa dalam tandas" beritahu pengawas tadi.

Seluar hijau yang hampir lusuh itu memang menyalahi peraturan sekolah. Bahagian atas kecik sementara bahagian bawahnya pula besar dan lebar. Saya memberikan seluar tersebut kepada pengawas untuk disimpan di dalam almari berkunci.

Petang itu, kebetulan saya ke bandar T untuk menguruskan bayaran ansuran bulanan kereta. Emak Pian telah datang ke rumah saya dengan berpeluh pelai mengamuk sakan meminta seluar anaknya dikembalikan.

"Makcik nak balik seluar anak makcik, cikgu jenis apa ini sanggup merampas seluar anak murid sendiri." Marah makcik Jah tak boleh dibendung lagi. Isteri saya yang tidak tahu butir bicara terpinga-pinga. Terkedu. Tak tahu nak kata apa. Memang dia tak tahu sebab dia hanya seorang surirumah yang tidak pernah pun mencampuri urusan saya di sekolah.

"Saya tak tahu makcik, Cikgu Azmi tidak tidak pesan apa-apa kepada saya"
"Setahu saya tiada pun seluar yang dibawa balik tengahari tadi" Sambung isteri saya lagi.

"Apa jenis cikgu nih, zalim!"
"Zalim lebih daripada Israil!, Israil pun tak buat macamana ini! Boleh rampas seluar anak makcik pastu suruh balik tak pakai seluar. Anak makcik malu dalam bas, tutup bahagian bawah dengan kaki baju"Makcik Jah melepaskan marahnya yang meluap-luap sambil menggayakan cara anaknya berjalan sambil menarik kaki baju menutup bahagian bawah.

"Selagi makcik tak dapat balik seluar anak makcik, makcik tak akan balik. Ini nasib baik makcik datang, kalau ayahnya datang habis cikgu dikerjakannya"

"Betul makcik, saya tak tahu. Cikgu Azmi gi bandar, nanti petang baru dia balik. Nanti kalau dia balik saya suruh dia hantarkan ke rumah makcik" Isteri saya masih bingung. Anak saya yang baru berumur dua tahun mula menangis. Tak tahulah, mungkin terkejut melihat nenek dia mengamuk sakan. Isteri saya mendokong anak saya sambil gaya (pujuk) anak saya supaya senyap. Anak saya semakin kuat menangis. Takut agaknya..

Disebabkan anak saya sudah tidak makan dek pujuk menyebabkan isteri saya membawa masuk anak saya ke dalam rumah meninggalkan makcik Jah membebel sendirian di halaman rumah saya. Entah pukul berapa dia balik tak taulah. Mungkin dah puas membebel sendiarian tanpa dilayan. Tah malu pada diri sendiri, akhirnya makcik Jah balik juga ke rumahnya tanpa kesampaian hajat.

Sesampainya saya dirumah isteri saya pula membebel kerana dikatakan mendera pelajar saya balik sekolah menaiki bas tanpa seluar. Saya bingung terpinga-pinga. Lama juga saya pana, baru teringat seluar yang ditemui pengawas saya di tandas. Malam itu tak lelap tidur saya dibuatnya. Maklum sajalah, dikatakan jahat melebihi Israel. Macamana nak tidur. Dok pikir apa nak dibuat esok.

Esoknya, pagi-pagi lagi, selepas waktu persekolahan bermula saya membuat pengumuman memanggil Pian ke pejabat sekolah. Masa tu pejabat tengah sibuk dengan cikgu-cikgu lain keluar masuk mengambil kapur, buku kedatangan pelajar dan sebagainya.

"Semalam awak balik ke rumah dari sekolah pakai seluar mana? tanya saya keras. Tangan kanan saya mula terangkat-angkat. Macam tak boleh tahan lagi. Saya bercekak pinggang. Pengetua yang keluar dari biliknya tercegat di muka pintu. Tak terkata apa-apa. Beberapa orang guru lelaki yang kebingungan mengelilingi saya. Mereka dah tahu, budak ini kalu salah jawab boleh pekdah..Pian diam dan tunduk. Mukanya dah mula pucat.

"Seluar mana?" tengking saya lantang. Kecoh pejabat jadinya.

"Seluar nilah..." jawab Pian sambil menunjukkan seluarnya dipakainya dengan isyarat mulut.

Panggg.. sebiji penampar tangan kanan hinggap di pipi kiri Pian. Tersenggeng Pian kena penampar tunggal. Tangannya pantas menutup bahagian pipinya yang merah.

"Habis kenapa emak awak kata saya rampas seluar awak dan menyuruh awak balik tanpa pakai seluar? Tengking saya lagi.

"Saya gurau saja dengan mak saya, masa dia terserempak dengan saya di dalam rumah saya baru keluar bilik air. Saya tarik baju tutup bahagian bawah. Sebab malu. Dia tanya saya kenapa. Saya kata cikgu ambil seluar saya. Dia yang lebih-lebih. Saya bergurau saja." jelas Pian terketar-ketar.

"Saya tak tahu dia pergi umah cikgu" sambung Pian lagi.

"Habis bila masa awak tukar seluar kat tandas semalam" Saya serkap jarang. Mengagak seluar yang ditemui dalam tandas adalah milik Pian.

"Masa cikgu buat spotcheck, kebetulan saya ada di tandas. Jadi saya buka seluar yang itu dan tinggal dalam tandas"

"ooo..., jadi awak pakai seluar dua lapis lah?" tanya saya lagi.

"Ya.." jawab Pian perlahan.

"Ok, petang nanti, saya nak pegi rumah awak. Saya nak jumpa mak awak. Biar dia tahu perangai awak." ugut saya.

"Tak payahlah cikgu biar saya settle dengan mak saya..." balas Pian ketakutan.

Petang tu saya pergi jugak ke rumah Pian di kampung berhampiran. Makcik Jah menangis bila saya ceritakan perkara sebenar. Tidak putus-putus dia minta maaf. Ayah Pian yang mengajar silat dikampungnya beberapa kali menggeleng kepala. Saya berpesan kepada ayah Pian agar tidak mengambil tindakan kepada Pian. Saya mengaku telah terlepas tangan menamparnya bukan atas kesalahannya memakai seluar yang menyalahi peraturan sekolah tetapi kerana menipu emaknya. Ayah Pian tak kisah. Katanya dia tak kesah cikgu nak buat apapun kepada Pian kalau dia melakukan kesalahan

"...asal jangan patah dan buta saja cikgu" Ayah Pian memberikan kebenaran untuk mendidik Pian. Sejak hari itu saya sering mengambil berat terhadap Pian. Dan Pian pun mula berubah. Tidak lagi keterlaluan nakalnya. Kalau nampak saya, dia malu alah.

Satu hari saya ke Hospital HTAA, saya disapa dari belakang cikgu Azmi.. Bila saya toleh, saya lihat Pian. Saya masih kenal kerana rupanya tidak berubah, cuma badannya semakin gempal. Saya tak sempat berbual panjang sebab bergegas ke bilik kecemasahan kerana anak saya akan mengalami kecederaan semasa bermain bola sepak di sekolahnya. Pian banyak membantu saya menguruskan anak saya di bilik kecemasan dan di wad. Terima kasih Pian.

Hari ini bila saya teringat dan menulis cerita ini, saya berfikir panjang. Bagaimana saya menjalankan tugas saya sebagai guru disiplin masa itu. Banyak tindakan yang saya lakukan sebenarnya menyalahi peraturan sedia ada. Mengapa pengetua saya yang sepatutnya bertindak mengawal saya membiarkan sahaja saya menyelesaikan sesuatu masalah mengikut selera saya. Kalaulah jadi apa-apa masa itu, nahas saya. Tapi masa itu semuanya boleh. Kepada ibubapa selidiki dulu aduan anak-anak, belum tentu betulnya.... Untuk pengetua-pengetua sekolah pesan saya, dalami, perhalusi dan ambil tahu tentang undang-undang pendidikan di sekolah. Kut-kut nanti puas berulang ke mahkamah..

Nescafe Ais Yang Menyejukkan

Satu hari, selepas tamat P&P di kelas, saya singgah di kantin sekolah untuk minum. Sambil minum saya memerhatikan gelagat pelajar melalui cermin nako yang terbuka. Di luar kantin sekolah berhenti sebuah motosikal RXZ yang bersuara lantang dan segaja dilantangkan sebelum dimatikan enginnya. Saya dapat melihat seorang pemuda bermuka masam dan teduh memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Saya keluar dari kantin menuju ke arah pemuda tersebut. Wah!, boleh tahan gaya samsengnya. Bulat matanya seperti hendak menelan saya. Kat leher bergayutan bermacam jenis rantai. Ada jenis besi, jenis benang berselirat ditengkuknya. Tangannya juga siap ada rantai besi croom sebesar jari kelingking. Tubuhnya yang sasa dengan jeans lusuh dan baju T ketat menunjukkan ciri-ciri budak gedebe.

"Asssalamualaikum boh (boss)" sapa saya sambil tersenyum. Saya menghampiri pemuda tersebut sambil mengulurkan tangan untuk bersalam. Pemuda itu seperti nak tak nak menyambut salam salam saya sambil melihat bulat kepada saya.

"Saya nak jumpa cikgu Azmi" beritahu pemuda tersebut tegas sebelum sempat saya bertanyakan tujuannya datang ke sekolah. Berderau darah saya. Otak saya ligat berfikir dan bertanya. Aku kenal ke pemuda ini. Dia tentunya tak kenal saya sebab dia tanya saya, yang mana satu cikgu Azmi.

"Dia ada, nanti saya panggil" sahut saya selamba. Saya mempelawa pemuda tersebut untuk menunggu di kantin sementara menunggu saya memanggil cikgu Azmi. Dia mengekori saya masuk ke kantin sekolah. Saya memesan minuman nescafe ais seperti yang dimintanya. Sambil itu saya sempat berbisik dengan Abang Din dan Anaknya Sayuti. Saya meminta mereka standby kerana pemuda tersebut mencari saya tapi dia tak kenal saya.

Saya sendiri membawakan air kepada pemuda tersebut. Sambil duduk didepannya saya mempersilakan dia minum. Bila sahaja dia selesai menyedut sedutan pertama, saya memandang tepat kedalam matanya dan dengan tegas mengaku bahawa sayalah cikgu Azmi. Saya sebenar telah bersedia sebarang kemungkinan. Bersedia untuk lari.... Pemuda itu mengangkat kepalanya dan dengan tepat memandang kepada saya. Kami bertentangan mata. Abang Din menghampiri meja kami dan berpura-pura mengelap meja. Sayuti keluar dari pintu dapur dan stanby diluar mintu masuk kantin.

"Kenapa cikgu tampar adik saya semalam?" tanya pemuda tersebut yang masih memandang tepat mata saya. Saya merenung tepat ke dalam matanya. Pemuda itu yang tadinya sudah nampak tenang kembali menunjukkan rasa marah. Mukanya berubah sekali pucat. Sekali merah. Macam nak makan orang.

"Gini, Kelmarin dulu (sehari sebelum semalam) Mamat bergaduh dengan budak Felda X. Jadi saya pun panggil Mamat untuk merekodkan peristiwa yang berlaku dalam borang. Kelmarin saya minta borang tersebut. Borang pengakuan tersebut tidak diisi tapi saya tengok ada bekas tulisan yang telah dipadamkan menggunakan liquit paper. Bila saya tayangkan pada lampu saya dapat membaca tulisannya yang mencarut dan menyumpah seranah diri saya.

"Dia kata apa kat cikgu?" soal pemuda tersebut dengan nada suara lebih lembut. Saya sebut juga apa yang ditulis adiknya dengan rasa sedikit malu. Pemuda tersebut terdiam sambil merenung mata saya dengan sayu. Dengan perlahan dia berkata;

"Cikgu!, cikgu memang sabar, kalau saya dia kata begitu, saya sepak mampus" Saya menarik nafas lega. Nescafe ais yang diminum rupanya berupaya menyejukkan darahnya yang menggelegak. Abang Din mengakat tangan sambil tersenyum dan terus ke dapur. Sayuti juga. Selepas itu saya berbual panjang dengan pemuda tersebut tanpa rasa gementar lagi.. Selepas hari itu saya dan pemuda tersebut berkawan baik hingga ke hari ini....

Kasut Di atas Bumbung Sekolah

Sekolah saya ini sebuah sekolah di luar bandar. Sebuah sekolah di kawasan felda. Kemudahan asasnya agak terhad. Walaupun jalan ada yang berturap tetapi tidak sepenuhnya. Walaupun bekalan air paipnya ada namun banyak hari tiada air daripada ada. Kemudahan telefon ada dan banyak juga kemudahan lain disediakan kerajaan tetapi sebenarnya lebih banyak lagi yang diperlukan.

Masalah selut tanah merah adalah lumrah terutama semasa musim hujan. Habis kelas dan kawasan lain cemar bila kasut pelajar yang diselaputi tanah merah diecerkan di merata tempat. Tandas merupakan satu lagi tempat yang sering menjadi kotor bila keadaan ini berlaku. Tandas yang sedia kotor menjadi lebih kotor dengan kehadiran selut tanah merah. Namun begitu ketidaksempurnaan tandas ditambah dengan kekotoran bukan menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar berkumpul dan menghisap rokok. Sudah pelbagai cara telah saya lakukan untuk melaksanakan tugas saya sebagai guru disiplin sekolah untuk mengatasi masalah ini. Namun semuanya tidak berhasil.

Ada sekali semasa saya menyerbu ke tandas lelaki terutamanya, saya terfikir untuk melaksanakan peraturan peraturan membuka kasut bila ke tandas. Saya berbincang dengan pengetua sekolah dan pengetua yang sentiasa sedar masalah tandas yang sering dihadapi oleh saya khususnya sebagai guru disiplin, tidak keberatan untuk memberikan peluang kepada saya untuk mencubanya.

Sebelum peraturan ini dilaksanakan saya memberikan taklimat kepada pengawas sekolah untuk mengetuai upacara membersihkan sepenuhnya tandas utama pelajar di sekolah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekumpulan pengawas sekolah yang amat komited. Segalanya berjalan lancar. Tandas dibersihkan hingga berkilat. Diletakkan bau-bauan lagi. Saya membeli sepuluh pasang terompah kayu, lima untuk tandas lelaki dan lima pasang lagi untuk tandas pelajar perempuan. Dalam perhimpunan mingguan saya diberikan kuasa oleh pengetua sekolah untuk memberikan penerangan secukupnya kepada pelajar berkenaan dengan peraturan baru ini.

Dengan penerangan yang jelas, bukan hanya pengumuman di perhimpunan tetapi juga penerangan bertulis yang ditampal disetiap kelas menjadikan penguatkuasaan peraturan ini dapat dijalankan dengan licin dan lancar. Dalam seminggu sahaja perbezaan yang jelas dapat dilihat. Minggu sebelumnya tandas menjadi tempat berkumpul pelajar nakal kini tidak lagi. Dulunya tandas sekolah sangat kotor kini bersih bersinar. Peraturan yang dilakukan telah menjadi serampang dua mata yang dapat menyelesaikan dua masalah dalam satu masa. Tandas menjadi bersih sebab tida kotoran yang dibawa oleh kasut pelajar yang kotor. Pelajar terpaksa memakai terompah. Pelajar tidak lagi berkumpul kerana mereka terpasa membuka kasut dan memakai terompah. Ini tidak digemari pelajar. Lagi pun kalau mereka ramai di tandas, mudah untuk saya mengesanya melalui jumlah kasut yang ada di luar tandas.

Memang terdapat rungutan pelajar semasa proses membiasakan diri dengan peraturan baru ini tetapi lama-kelamaan ia menjadi perkara biasa. Tandas kekal wangi, bersih dan harum. Banyak juga sekolah yang menghantar wakil pengawasnya untuk melihat dan meninjau keberkesanan peraturan yang telah dijalankan. Tetapi macam biasalah tidak semua masalah yang sama disekolah yang berbeza dapat diselesaikan dengan satu cara yang sama. Lain tempat lain cara penyelesaiannya. Sebab itu bila mencedok program yang dilaksanakan dengan jayanya di sekolah lain, belum tentu kita dapat menjayakannya dengan berkesan di sekolah kita. Penyelesaian sesuatu masalah perlu mengambil kira lokasi dan situasi setempat.

Berbalik kepada kisah tadi, satu hari semasa membuat pemeriksaan mengejut ke tandas lelaki, saya seperti peraturan yang termaktub, membuka kasut dan masuk ke tandas memakai terompah. Kebetulan pulak tiada seorang pun pelajar dalam tandas pada masa itu. Setelah berpuas hati, dengan kebersihan dan keceriaan tandas saya terus keluar. Alangkah terkejutnya saya setelah mendapai kasut saya hanya tinggal sebelah. Puas saya mencari sekeliling namaun hampa tidak berjumpa. Saya bertanyakan juga pelajar yang lalu lalang, adakah mereka terlihat kasut saya. Semuanya tidak tahu. Lalu saya menjinjing sebelah kasut dengan memakai teropah menjelajah setiap kelas. Memberikan tempoh sehingga petang untuk pelajar yang mengambil kasut saya untuk memulangkannya. Kalau tidak sesuatu yang buruk bakal terjadi kepada mereka. Sebenarnya pelajar percaya ada sesuatu yang istimewa dalam diri saya disebabkan beberapa kebetulan dan lakonan yang saya tunjukkan kepada pelajar saya. Semua ini dan banyak lagi akan saya ceritakan dalam tulisan yang akan datang. Saya tulis nipun bukan berturutan peristiwa, tetapi mengikut apa yang teringat dan terlintas di kepala saya sahaja.

Seperti biasa semua pelajar kecut, diam tidak berkata-kata semasa saya menjelajah kelas mereka. Petang itu semasa saya sedang minum petang di rumah, kedengaran orang memberikan salam. Saya keluar dan melihat Ketua Pengawas sekolah saya menjinjit satu beg plastik.

"Cikguy saya nak minta maaf. Ni ada saya bawakan kasut cikgu sebelah lagi" beritahu Ketua Pengawas sekolah saya dengan suatu takut-takut.

"Hebat kamu! macamana kamu boleh dapat kasut ini. Tak sia-sia saya melobi kamu sebagai ketua pengawas" puji saya sambil mengambil beg plastik yang diunjukkan oleh Ketua Pengawas sekolah saya.

"Mintak maaf cikgu... sebenarnya saya yang menyorokkan kasut cikgu" balasnya terketar-ketar.

"Saya ingat kasut ni Hamizan punya. Saya cuma nak bergurau dengannya, tetapi bila cikgu dah warning kat kelas, saya jadi takut dan diamkan saja"
"Balik sekolah saya ambik untuk pulangkan kepada cikgu" sambung beliau lagi.

"Kat mana kamu sorok?, puas saya mencarinya" tanya saya sambil tersenyum.
"Saya lempar kat atas bumbung Gajah Menyusu" dia mula tersenyum setelah melihat saya tidak marah.

Sambil minum petang bersama di rumah saya kami gelak bersama-sama sambil mengulang cerita pagi tadi. Esoknya Semasa perhimpunan pagi saya membuat pengumuman dengan mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah memulangkan kasut saya. Ketua Pengawas sekolah saya tersengih-sengih memandang saya . Sehingga kisah ini diceritakan semua hari ini cerita sebenar kasut saya hilang dan kembali semula menjadi rahsia kami berdua.