Bermula 22 November, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan bercuti. Wah! cuti panjang, cuti pada musim banjir... Seronoknya kalau boleh balik Kelantan. Balik Bukit Abal. Tengok air bah, tengok air melimpah sungai. Tengok air merentasi jalan raya di Panggong 3 Daerah. Kalau dulu-dulu ramai sangat orang bermain air. Macam pesta. Berbagai ragam dan penuh warna warni. Warna payungnya lah.. Masa ni juga ada yang menjala ikan kat sungai. Menahan lukah yang dipanggil tual, menahan taut, pukat dan memancing.
Masa kecik-kecik dulu air penuh sungai tak jadi masalah. Kita budak kampung.. Dari Kecik dah pandai berenang. Masa air penoh sungailah masanya nak tunjuk hebat. Selalunya kita akan berlawan berenang dalam arus deras menyeberang sungai dan siapa yang paling dekat jarak hanyut akan menang. Wooh.. memang kerja gila. Kalau tengok sekarang memang takut. Tapi masa tu tak takut langsung. Memang berani. Memang hebat. Kalau kat kampung Bukit Abal, yang paling hebat sekali ialah Kosem. Dia paling berani. Dialah ketua. Kadang-kadang bila dah puas berlawan berenang main panjat pokok dan terjun kedalam arus deras dan berenag ketepian. Eeeeee, seriau bulu roma. Pokok Kerian tu bukannya rendah. Tinggi melangit. Dia jugak yang menang. Paling tinggi memanjat dan terjun. Kalau dah tinggi, terjun dalam arus deras pula pasti terjunam kedasar sungai. Tapi masa tu kita ok je. Sekarang je rasa takut. Itulah kanak dahulu tahun-tahun awal 70an. Sebab itu budak dulu lasak, berani dan tidak mudh mengalah... kalau nak banding dengan anak-anak sekarang. Anak-anak saya sekarang lah. Orang lain saya tak tahu. Anak saya nak naik bas, takut, malas, serabut... Macamana nak kuat. Semuanya nak kena hantar.. Pegi bandar kena hantar, pergi lirary kena hantar, pegi sekolah pun kena hantar. Dulu, kita masa pegi sekolah jauh. Hampir 7 km. Kayuh basikal. Masa tu zaman seluar pendek putih. Satu hari ceritalah kat anak-anak bagaimana susahnya sekolah pada masa itu. Satu hari, semasa dalam perjalanan, basikal puncit. Dekat 4 km sorong basikal ke sekolah. Harapnya dapatlah simpati anak-anak dengan cerita tersebut. Semoga mereka insaf dengan kemudahan yang ada sekarang. Usahkan nak insaf, sedih pun tidak. Boleh ketawa lagi. Siap komen lagi. Kenapa sorong basikal tu kan berat.... Tinggal jelah... ringan sikit nak berjalan. Tengok!, langsung tidak menghargai harta benda.
Itu dulu, tapi hari ini tengok laporan banjir dalam tv jelah.. Cuti pun tak lagi macam dulu...Cuti sekolah bukan lagi cuti panjang. Cuti sekarang dua tiga harisahaja sebulan. Otupun belum tentu.. Apa-apa pun selamat bercuti kepada semua pelajar dan semua warga pendidik seluruh Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Saya pernah terfikir antara dulu dan sekarang..... Agaknya tuhan dah jadikan kesenangan/ kemudahan ni sesuai dengan zaman, zaman sekarang pun dah banyak penjahat/peragut dan mcm mcm pe lagi, zaman dulu masuk hutan keluar belukar pun selamat lagi, penjahat ada tapi skopnya lebih kecil sekecil pergerakan zaman dahulu.. dunia sekarang semakin sempit dan pantas, kita boleh barik hari kalau nak ke US...
Post a Comment